Wednesday 7 December 2011

AWAL SAINS





Proses Kitaran Hidup Rama-rama






KITARAN HIDUP SEEKOR RAMA-RAMA

Kitaran hidup seekor rama-rama adalah seperti berikut:
  1. Telur yang disenyawa akan berkembang menjadi seekor ulat beluncas.
  2. Ulat beluncas akan berubah menjadi kepompong.
  3. Sehingga satu masa, rama-rama akan muncul.
  4. Kitaran hidup rama-rama akan berterusan apabila rama-rama dewasa bertelur.

Seekor rama-rama boleh bertelur sebanyak 200 biji. Daripada sebiji telur kecil, akan lahir seekor ulat bulu. Ulat bulu ini akan hidup dan makan daun-daun selama dua atau tiga minggu. Kemudian, ulat bulu tersebut akan mencari tempat untuk bergayut dan akan terbentuk menjadi seekor kepompong atau pupa. setelah cukup matang, kepak dan kakinya akan terbentuk dan  akhirnya, terjadilah seekor rama-rama.


Telur rama–rama sangat kecil, bujur serta berbentuk silinder dan mempunyai sangkar yang amat halus selain berstruktur mikroskopik. Rama–rama betina akan bertelur pada daun, batang tumbuhan atau objek–objek pada atau berhampiran sumber makanan untuk beluncas.


Beluncas (larva) berbentuk panjang dan akan kelihatan seperti cacing serta mempunyai corak-corak berbentuk jalur atau tompok–tompok yang menarik selain mempunyai bulu halus seakan–akan duri halus dan merupakan peringkat untuk mendapatkan makanan untuk tumbesaran. Sepanjang perkembangannya, beluncas akan bersalin kulit sebanyak empat kali atau lebih untuk melindungi dan menyelaputi badannya yang membesar.


Pupa (krisalis) adalah peringkat transformasi dalaman iaitu tisu–tisu beluncas akan mengalami proses penggantian untuk membentuk struktur serangga dewasa. Warna pupa kebanyakan spesies adalah jingga, hijau atau pun menyerupai warna persekitaran.


Peringkat dewasa (imago) adalah rama–rama yang berwarna–warni. Ia merupakan peringkat reproduktif bagi spesies rama–rama dengan melalui poses memikat, mengawan, dan bertelur. Peringkat rama–rama dewasa juga merupakan peringkat di mana spesies rama-rama bermigrasi atau mengkoloni sesuatu habitat tertentu.






No comments:

Post a Comment